Kalam Loh Mahfuz mencatat… Dan sesudah mencatat… Lagi mencatat… Segala doa dan ikhtiar… Tidak dapat memadamkan catatan Ilahi…. Biarpun hanya sekerat baris…….. Pun seberapa banyak air mata…. Sepatah pun tidak akan terhakis….. Catatan Tuhan Yang Maha Menyayangi. ~ Umar Khayyam ~
|
Masa kini dan di masa depan orang akan datang dan berkata, "Inilah aku!” Hadiah emas atau perak ia berikan, sambil berkata, "Inilah aku!” Namun ketika suatu masa dalam hidupnya ia jatuh sakit Maut memerangkap dan berkata, "Inilah aku!” ~Umar Khayyam (Dari Rubaiyat Umar Khayyam)
|
Bukan kemiskinan yang mendorongku datang kepadamu Aku tak miskin, sebab keinginanku bersahaja Yang kucari darimu hanyalah kehormatan Kehormatan seorang yang bebas dan berdiri tegak ~Umar Khayyam (Dari Rubaiyat Umar Khayyam)
|
Camar cukup bahagia dengan tulang belulang mengapa harus mencuri dari meja si kaya? aku telah punya sekeping roti besar tak perlu menghamba kepada sesiapa pun buat mendapat makanan ~Umar Khayyam (Rauzat ash-Shafa, Mir Kand)
|
Oh mata, kau tak buta, lihat liang lahad itu dan lihat dunia yang penuh kekacauan dan sengsara raja, kadi dan putera, semua terkubur di dalam tanah lihat si wajah cantik di rahang-rahang semut ~Rubaiyat Umar Khayyam
|
Lawanku keliru menyebutku ahli falsafah Tuhan tahu aku bukan yang mereka katakan kerana terlanjur lahir di tempat yang menyedihkan ini tak perlu aku tahu siapa aku sebenarnya ~Rubaiyat Umar Khayyam
|
Sekeping roti untuk sehari atau dua penghabisan Setitis air di kendi yang pecah berkeping Dengan ini, apa perlunya aku tunduk kepada kepala orang lain Apa sebab aku harus merangkak kepada pegawai bawahan? ~Rubaiyat Umar Khayyam
|
Mari kita ikuti kisah seorang anak manusia dan kita lupakan usia dengan keindahan bintang di malam hari tidur tak mampu memperpanjang usia manusia berjaga malam juga tidak mengurangi umur manusia sedikit pun ~Rubaiyat Umar Khayyam
| |