Dan
seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan
dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa
terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu
kedamaian.
Bila
dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata
"Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata "Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanp
...
Read more »